Ahad, 26 Disember 2010

SYABAS DAN TAHNIAH....

PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA JKKKP DAN PERTUBUHAN BELIA PULAU INDAH KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KARNIVAL DAN EKSPO SUKAN 2010 PADA 26 DISEMBER 2010...

Jumaat, 24 Disember 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG P.M.R

PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG CERMELANG DALAM KEPITUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (P.M.R) TAHUN 2010... TERUSKAN KECEMERLANGAN INI PADA MASA AKAN DATANG....

Selasa, 7 Disember 2010

JANGAN POLTIKKAN KETUANAN MELAYU...!!!!

1. Assalammualaikum kepada semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan belia seluruh Negara. Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah swt untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ciptaan-NYA.
2. Ketuanan Melayu merupakan teras kepada kekuatan bangsa melayu itu sendiri. tetapi sejak akhir-akhir ini isu ketuanan melayu ini menjadi topik hangat dan panas kerana terdapat segelintir bangsa melayu yang cuba untuk mempolitikkan sentimen ini demi kepentingan peribadi dan politik, apatah lagi apabila Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor amat dukacita terhadap mereka yang cuba mempersoalkan institusi Raja Melayu baru-baru ini.
3. Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini. “Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan,” titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan — Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam baru-baru ini.


4. Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan “Melayu” dihapuskan daripada ungkapan “Raja-Raja Melayu”.

5. Apakah mereka ini tidak sedar bahawa jika perkataan Melayu itu dihapuskan, dimanakah letaknya identiti melayu itu pada masa akan datang?. Bagaimana anak-anak cucu kita mahu mengetahui sejarah dan mengetahui budaya bangsa melayu..?
6. Sebagai pewaris yang akan memastikan kerelevanan serta memelihara agar bangsa melayu ini tidak hilang didunia, Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman mengingatkan agar :-
a) Jangan cuba mempersoalkan mengenai ketuanan melayu.
b) Jangan cuba menggangu gugat institusi Raja-Raja Melayu dan peranannya.
c) Orang Melayu jangan sekali-kali cuba memainkan sentimen ketuanan Melayu demi kepentingan peribadi dan Politik.
DAULAT TUANKU..!!! ISTANA PAYUNG RAKYAT...!!! TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRAH


PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN (PEKIDAM) MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432 HIJRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN JUGA KEPADA SELURUH RAKAN-RAKAN BELIA SELURUH NEGARA...
HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN,
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN,
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN...

Isnin, 1 November 2010

PANDANG SERIUS PERINGATAN RAJA-RAJA

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kebimbangan raja-raja Melayu terhadap trend politik semasa dan isu perkauman yang berlaku sejak kebelakangan ini sepatutnya dipandang serius oleh rakyat negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua pihak mengambil iktibar daripada peringatan tersebut sekiranya mereka benar-benar menghargai keamanan dan ketenteraman yang dinikmati negara sekarang.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, semua pihak tidak kira rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil berat perkara itu kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib dan masa depan negara.
"Kebimbangan tersebut yang dilontarkan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja mencerminkan penelitian mendalam terhadap nasib orang Melayu di negara ini sebelum menitahkan mereka supaya bersatu kerana khuatir dengan situasi perpecahan yang semakin kronik," katanya.
Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangan majlis tersebut terhadap trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Tegas Osman, rakyat perlu terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan daripada menyertai program yang boleh membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum sehingga menjejaskan kemakmuran serta keharmonian negara.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK), Tan Sri Khalid Abdullah berpendapat, kebimbangan tersebut seharusnya menjadi ingatan kepada pemimpin parti politik untuk tidak mengamalkan perjuangan sempit.

Katanya, pemimpin parti politik di negara ini seharusnya memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan daripada kontrak sosial.
Beliau berkata, semangat yang diterapkan kepada ahli parti perlu mengikut permuafakatan dan persefahaman antara kaum bagi memastikan perkara yang tidak diingini membabitkan isu perkauman berlaku.

"Mereka tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk menarik rakyat menyokong mereka.
"Rakyat juga perlu bijak menilai dan menentukan pilihan mereka, sikap bertolak ansur antara kaum juga akan menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk mengelak tercetusnya kembali peristiwa berdarah 13 Mei," katanya.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Usahawan Masyarakat India Hulu Langat, S. Sunder berpendapat, kebimbangan tersebut ada rasionalnya kerana masyarakat sekarang seolah-olah membelakangkan perkara-perkara yang boleh membentuk perpaduan.
"Bagi memastikan rakyat terus bersatu tanpa mengira kaum, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan memahami konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay pula mahu kebimbangan majlis tersebut dijadikan panduan masyarakat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan negara.
Katanya, masyarakat seharusnya mempunyai iltizam untuk mengekalkan keamanan negara bagi mengelak sebarang peristiwa yang tidak diingini.

"Kita tidak mahu keamanan tersebut tergugat hanya kerana perjuangan politik yang bersifat peribadi semata-mata," katanya.

Khamis, 28 Oktober 2010

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
S
SEJARAH

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.
Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat
Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.
Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).
Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir
Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.
Apabila
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri
Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober
1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.

KUASA MAJLIS RAJA-RAJA

Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula.[1] Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH KLANG


Lokasi :
Kompleks Rakan Muda Daerah Klang
Lot 43204, Jalan Klang Perdana,Sementa
42100 Klang,Selangor
Tel : 03-32904171
Fax : 03-32914745

Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Rakan Muda Klang, Selangor.

KEMUDAHAN AM

KEMUDAHAN SUKAN


SUKAN LASAK



Rabu, 27 Oktober 2010

1BELIA 1KEMAHIRAN - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PENDAFTARAN KINI SUDAH BERMULA (25/10/2010 ~ 10/01/2011)
PROGRAM BELIA BERKEMAHIRAN (PEREMPUAN) - ALIRAN TEKNIKALDIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY (KA10060)...TAWARAN TERBUKA KEPADA BELIA LELAKI & PEREMPUAN !!!PELUANG KERJAYA DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF DISEDIAKAN !!!
Sila Klik:
TEKAT Automotive College (TAC) merupakan sebuah Institusi Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Industri Automotif Antarabangsa menawarkan kursus DIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY (KA10060) untuk pengambilan JANUARI 2011
Kursus ini diiktiraf oleh MQA-Malaysian Qualification Agency dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tempoh latihan: 2 1/2 tahun
Pinjaman: PTPTN
Peluang Pekerjaan: Disediakan
Syarat Kemasukan: Lulus SPM dengan 3 kredit/kepujian dalam mana-mana subjek DAN LULUS Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Tempat Latihan: TEKAT AUTOMOTIVE COLLEGE, No. 4 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
PENDAFTARAN KINI DIBUKA SEKARANG..... Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
SetiausahaJawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia MalaysiaTel: +60137733676) Email: rizan@tekat.edu.mySee More

Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia Kali ke-2

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengumumkan bahawa penganjuran Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia kali ke-2 (PSK) akan diadakan di Pulau Pinang pada 2 hingga 5 Disember 2010. Pesta ini adalah terbuka kepada seluruh Badan Gabungan MBM serta beberapa acara lain yang turut dibuka kepada umum. Beberapa acara PSK yang lalu telah dikekalkan dan ditambah dengan beberapa acara lain bagi memeriahkan lagi pesta pada kali ini. Berikut adalah acara yang disediakan kepada Badan Gabungan dan orang ramai yang berminat:

Pertandingan Kebudayaan MBM 2010 (Badan Gabungan MBM sahaja)Pertandingan Kebudayaan Rakyat 2010 ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
i) Pertandingan Kebudayaan Rakyat Malaysia Lagu Asli (Mengikut bangsa) Tarian Tradisional (Mengikut bangsa}
ii) Pertandingan Koir Lagu Patriotik Lagu bebas
iii) Pertandingan Sayembara Puisi
Pertandingan Sukan MBM 2010Pertandingan Sukan MBM 2010 ini dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:
i) Pertandingan Futsal (Kategori: Terbuka dan Badan Gabungan)
ii) Pertandingan Badminton (Kategori: Badan Gabungan)
iii) Pertandingan Bola Jaring (Kategori: Badan Gabungan)
iv) Pertandingan Ping Pong (Kategori: Badan Gabungan)
v) Pertandingan Paintball (Kategori: Terbuka dan Badan Gabungan)
vi) Pertandingan Scrable (Kategori: Terbuka)

Isnin, 27 September 2010

'Rakyat kita bukan bangsa mudah melenting tak tentu fasal'

sumber : belia.org.my
MBM disifatkan badan bukan kerajaan (NGO) paling berani apabila menggantung hubungan dengan pertubuhan belia Indonesia? Apakah yang mendorong MBM berbuat demikian?Sebelum MBM menyatakan pendirian tegas ini, kami sudah menghantar surat kepada pihak Kedutaan Besar Indonesia untuk menyatakan rasa dukacita serta bantahan terhadap peristiwa penghinaan ini. Surat bantahan sama turut dihantar ahli badan gabungan MBM sebanyak 40 pertubuhan di peringkat kebangsaan serta negeri. Maknanya, seluruh rakyat Malaysia sudah menyatakan bantahan serta rasa dukacita terhadap insiden ini.
Namun, tindakan kami bersifat diplomatik, mengikut saluran yang betul dan adab serumpun etika perhubungan antara dua negara berdaulat seolah-olah tidak diambil peduli. Keadaan menjadi semakin runcing dan menyakitkan. Tidak cukup Jalur Gemilang dibakar dan dipijak, ia dilumur najis manusia. Sebagai orang Timur, kita amat memahami erti najis yang menjadi simbol penghinaan paling dahsyat. Rasa terhina ini dirasai setiap rakyat Malaysia apatah lagi kita sedang menyambut kemerdekaan ke-53. Apa semua ini? Adakah ini yang dijadikan pegangan lebih 200 juta penduduk negara yang selama ini dikatakan memegang jati diri terpuji, apatah lagi majoritinya adalah umat Islam yang seharusnya memahami pengertian Ramadan; iaitu bulan paling mulia yang seharusnya diisi dengan perbuatan baik dan diharamkan atas orang Islam menumpahkan darah atau melakukan peperangan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dan provokasi agresif ini juga diiringi oleh penyertaan meluas media negara yang membandingkan kekuatan ketenteraan. Ini tidak termasuk laman blog serta media sosial yang menghamburkan penghinaan.
Sebagai gelombang ketiga masyarakat, kami mahu semua pihak memahami isu ini bukan boleh dibuat main-main. Justeru itu dalam konteks hubungan dua negara ini, MBM melihat tanggungjawab ini perlu dimainkan kerajaan Indonesia serta dibantu NGO di sana. MBM berharap rakan kepemimpinan di Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dapat membantu serta mengambil tanggungjawab meredakan keadaan ini.Bagaimana reaksi rakan belia di sana, termasuk pendirian mereka berhubung kempen anti-Malaysia ini? Apakah mereka berpendirian sama seperti kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA)Saya menerima beberapa e-mel rakan penggerak belia Indonesia yang menyatakan rasa kesal akan kejadian ini. Namun ia bukanlah suara rasmi yang mampu menzahirkan ketegasan untuk menangani masalah ini. Saya tidak pernah sekali-kali menyatakan bahawa rakan di KNPI bersekongkol dengan kumpulan BENDERA kerana kami cukup mengenali KNPI sebagai rakan NGO yang begitu diplomatik serta prihatin berkaitan masalah bersama.
Ini terbukti apabila dalam sesi Dialog MALINDO yang diadakan di Kuala Lumpur beberapa tahun dulu kami dapat mencapai kata sepakat berkaitan beberapa isu besar yang melingkungi kedua-dua negara. Saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa sebenarnya rakan NGO Belia di sana seperti KNPI amat mampu mengubah situasi ini. KNPI dianggotai gabungan NGO hebat seperti Pemuda Muhammadiyah, Persatuan Pemuda Tani, Persatuan Pemuda Masjid malah pertubuhan-pertubuhan belia di setiap wilayah yang membabitkan bilangan ahli yang ramai. Misalnya, Pertubuhan Pemuda Tani saja ada keahlian melebihi 10 juta orang. Mereka ada tenaga amat kuat bagi mempengaruhi kumpulan BENDERA ini.Setiap kali isu ini tercetus, Malaysia yang menjadi mangsa hanya terpaksa bersabar dengan tindak-tanduk provokasi mereka. Apakah wajar kita harus bersikap berdiam diri dan memerhatikan perkembangan itu berlaku di depan mata?Inilah ujian kematangan bagi rakyat Malaysia.
Saya bersyukur dan menyanjung tinggi akhlak rakyat Malaysia yang begitu tenang menghadapi situasi ini. Tanpa mengira latar belakang dan ideologi, kita sama-sama menyerahkan mandat ini kepada barisan kepemimpinan negara diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menanganinya secara diplomasi. Keadaan lebih buruk jika kerajaan diberi tekanan dan isu ini dijadikan modal pihak tertentu bagi mendapatkan publisiti atau sokongan. Soal hubungan dua hala Malaysia-Indonesia saling memerlukan dan mempunyai sejarah yang amat kuat ini bukan boleh diselesaikan secara mudah. Biarpun yakin dengan kebijaksanaan pemimpin dua negara ini, penyelesaiannya ada di tangan saudara kita di Indonesia. Kita rakyat Malaysia bukan bangsa yang mudah melenting tak tentu fasal walaupun sampai dianggap pengecut oleh segelintir rakyat Indonesia. Kita bukan bangsa pembalas dendam. Malah kalau kita mahu, kita boleh menjadikan isu seorang bayi yang mati di tangan seorang pembantu rumah di Selangor dua hari lalu sebagai bahan untuk membalas tindakan mereka tetapi inilah kehebatan rakyat Malaysia. Kita berpandangan jauh dan tidak mudah dibuai oleh emosi.
Persoalannya, sampai bila Malaysia perlu dicaci dan Jalur Gemilang dipijak setiap kali mereka berasa tidak puas hati?Ini hanya mampu dijawab oleh rakyat Indonesia. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan mempraktikkan istilah yang sering dilaungkan ‘silaturahim atas nama serumpun,’ maka saya menuntut agar ia dizahirkan dengan penuh wibawa. Janganlah Malaysia dijadikan ‘kambing hitam’ setiap kali wujud masalah dalaman di negara itu. Menuding pihak lain memang mudah tetapi ia adalah satu tindakan tidak bijak dan penuh hina. Apatah lagi ia mampu memecah belahkan rakyat dan penghinaan kepada negara lain yang berdaulat. Perlu difahami bahawa peperangan besar dunia termasuk peperangan di antara beberapa negara sejak dulu banyak disebabkan konflik di antara negara tetangga. Ia bermula dengan isu kecil diperbesarkan sehingga menjadi konflik di antara dua negara. Lebih buruk, ia mengundang pembabitan pihak ketiga atas nama mempertahankan kepentingan ekonomi dan keselamatan. Dalam konteks Malaysia-Indonesia saya yakin semua pihak memahaminya betapa kita amat penting untuk kestabilan rantau ASEAN. Malah kita berkongsi ruang maritim yang paling sibuk di dunia memiliki impak ekonomi yang penting iaitu Selat Melaka.Apakah tindakan diplomasi atau lemah lembut kerajaan Malaysia ini berbaloi dengan penghinaan yang kita terima?
Apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil?Tindakan kerajaan Malaysia adalah berasaskan kebijaksanaan untuk jangka panjang. Tidak ada dalam sejarah negara moden di mana peperangan dan tindakan fizikal atau kekerasan yang membawa manfaat kepada sesuatu negara. Membalas tindakan yang sama oleh kumpulan BENDERA hanya membawa kepada situasi ‘menang jadi arang, kalah jadi abu.’ MBM masih percaya kepada saluran diplomatik dan peruntukan undang-undang antarabangsa. MBM sentiasa membuka pintu rundingan, namun syaratnya hentikan dulu tindakan penghinaan serta ancaman kepada rakyat Malaysia.

PENGHARGAAN...

SEKALUNG PENGHARGAAN DIATAS KERJASAMA SERTA SOKONGAN DALAM MENJAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN PEKIDAM DAN FAKULTI SAINS KESIHATAN UITM PADA 25.09.2010 BERTEMPAT DI PUSAT MEMBELI BELAH AEON (JUSCO) BUKIT TINGGI KLANG KEPADA :

1. Y.BHG TN HJ NASARRUDDIN BIN DATO' M.ZIN AMN.,PJK
( PENAUNG PEKIDAM)
2. FAKULTI SAINS KESIHATAN (UITM)
3. PUSAT DARAH NEGARA
4. PENGURUSAN AEON SDN. BHD
5. KUMPULAN BUNKFACE
6. SELURUH JAWATANKUASA KERJA DAN AHLI PEKIDAM
7. PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KLANG
8. PEKIDAM BIKERS
9. EL FOOD INDUSTRIES ( MY LOVE )
10. SQUAD SAYANG WANITA UMNO BAHAGIAN KLANG
11. SELURUH PENDERMA DAN MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH TERSEBUT....

SEKITAR PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN BERSAMA PEKIDAM & FAKULTI SAINS KESIHATAN UITM PADA 25.09.2010 DI AEON SHOPPING MALL BUKIT TINGGI KLANG

DIRASMIKAN OLEH : Y.BHG TUAN HAJI NASARRUDDIN BIN DATO' M.ZIN AMN.,PJK, PENAUNG PEKIDAM


Menyambut Ketibaan Y.Bhg Tuan Haji Nasarruddin Dato' M.Zin AMN.,PJK Penaung PEKIDAM

Penaung sempat memeriksa kesihatan....

kehadiran Kumpulan BUNKFACE menghangatkan lagi kempen tersebut..

Bergambar kenangan bersama para urusetia dan Tetamu kehormat

Antara ahli PEKIDAM yang turut menderma darah...

Pelajar Meltech turut tidak melepaskan peluang menderma darah..



Penolong Pegawai belia dan Sukan Daerah Klang turut menderma jugak...


di Kaunter Pendaftaran...

Ahad, 29 Ogos 2010

MALAYSIA DIKEDUDUKAN KE-37 DARIPADA 100 NEGARA TERBAIK....

BARU-BARU ini majalah Newsweek dalam edisi khas mengeluarkan senarai 100 negara terbaik di dunia. Lebih menarik lagi Malaysia menduduki tempat ke-37 dalam senarai tersebut.
Memang mengejutkan namun mungkin itu antara perubahan yang dibawa oleh majalah itu dengan buat pertama kalinya menjalankan kajian negara manakah layak dimartabatkan antara negara terbaik di dunia.

Kita katakan pembaharuan kerana majalah ini baru sahaja dijual awal bulan ini kepada jutawan California, Sidney Harman yang mengeluarkan sistem audio premium Harman Kardon.
Seperti mana kesuraman industri akhbar dan majalah yang melanda seluruh dunia masalah yang sama berlaku kepada Newsweek yang sebelum ini dimiliki oleh The Washington Post Company.

Newsweek yang bersaing sengit dengan majalah Time, kerugian AS$28 juta (RM88.6 juta) tahun lalu dan perolehan iklan jatuh sebanyak 37 peratus.
Harman dalam kata-kata aluan selepas pengumuman pembelian majalah tersebut menyatakan, “Newsweek merupakan harta negara. Saya berasa sangat bangga untuk mewarisinya daripada The Washington Post Company dan keluarga Graham selain tidak sabar untuk menghadapi cabaran kewartawanan, perniagaan dan teknologi yang besar,”.

Oleh itu pembaharuan pertama yang dilakukannya adalah menjalankan kajian negara manakah yang boleh dikatakan sebagai terbaik di dunia.
Hasilnya 100 senarai negara terbaik dikeluarkan dengan 10 negara kecil dengan jumlah penduduk yang sedikit (kecuali Jepun) menduduki tangga teratas.

Namun dalam mukadimahnya, pengarang telah menyatakan para pembaca di seluruh dunia mungkin akan menemui sesuatu yang disukai ataupun dibenci tentang senarai ini.
Pada masa yang sama senarai ini juga menunjukkan bahawa dunia ini adalah luas dan kita mempunyai pelbagai cara untuk melihat dan menilai tentangnya.
Ini sesuatu yang menarik kerana Newsweek sendiri seolah-olah tidak begitu pasti tentang pilihan yang dilakukannya.

Bukan berniat untuk memperlekeh mahupun menafikan kajian yang telah dibuat namun pasti terdapat beberapa kelompongan memandangkan usaha ini dilakukan berdasarkan kaca mata dan pandangan Barat mengenai apa yang ditakrifkan sebagai terbaik.
Pemilihan

Majalah Newsweek menetapkan pemilihan negara terbaik berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik. Semua faktor ini menjadi keutamaan yang menjurus kepada kesejahteraan negara.
Kesemua faktor ini kemudian digabungkan jumlahnya yang akhirnya menentukan di tangga mana sesebuah negara itu sepatutnya berada.

Sebagai contoh Malaysia dipilih berada di tempat ke-37 setelah semua lima kategori digabungkan dengan jumlah keseluruhan markah adalah 69.69 peratus.
Malaysia berada di tempat ke-14 dalam kategori daya saing ekonomi dengan markah 61.93 peratus, tempat ke-48 dalam kategori kualiti kehidupan dengan markah 69.28 peratus, faktor kesihatan di tangga ke-52 dengan markah 71.02 peratus, faktor pendidikan dengan markah 86.43 peratus di tempat 36 dan terakhir, persekitaran politik di tangga ke-54 dengan markah 59.80 peratus.

Di sebalik semua jumlah pemarkahan itu menduduki tempat ke 10 teratas adalah negara dari Eropah Utara iaitu Finland di tempat pertama, Sweden ketiga, Norway keenam, Denmark ke- 10 selain negara Eropah kecil lain seperti Switzerland, Luxembourg dan Belanda.
Di sini juga timbul kemusykilan bagaimana sebuah negara seperti Finland dan Norway yang tempoh musim sejuknya panjang dan gelap lebih dari enam bulan dalam setahun terpilih di antara yang terbaik.

Memang dari sudut “terbaik” negara ini mempunyai semua kualiti yang kehadapan dari negara-negara lain. Namun seperti yang dinyatakan pengarangnya soal “terbaik” ini masih boleh didebatkan walaupun ia sebenarnya satu usaha yang baik bagi mengiktiraf penat lelah yang dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara dalam menguruskan negara mereka.
Namun soal “terbaik” ini masih lagi sesuatu yang subjektif apatah lagi negara yang agak terkebelakang seperti Costa Rica (35), Estonia (32) dan Latvia (35) mendahului Malaysia dalam senarai ini.

Lebih mengejutkan musuh umat Islam, Israel menduduki tempat ke-22 walaupun seperti yang kita sedia maklum berlaku serangan hampir setiap hari oleh penduduk Palestin yang marah dengan pencabulan yang dilakukan mereka.
Begitu juga dengan kedudukan Greece yang menduduki tempat ke-26 walaupun ekonomi dan sistem kewangan negara itu hampir lumpuh dan berita mengenai rusuhan oleh rakyatnya pernah mewarnai akhbar-akhbar utama dunia.

Mungkin jika kita bersikap realistik Malaysia masih lagi belum mencapai standard negara-negara maju seperti Itali, Jerman dan lain-lain.
Namun perasaan bangga harus ada di dalam diri kita setelah Malaysia dinobatkan yang terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura (20) dan keempat terbaik di Asia selepas Jepun (9) dan Korea Selatan (15).
Mungkin ada yang berpandangan negara yang bercuaca panas seharusnya lebih baik dari negara yang sentiasa sejuk seperti Norway atau Kanada.
Namun kerana keadaan ekonomi yang sempurna dengan hampir semua rakyatnya mempunyai kerja yang menjamin sekaligus memungkinkan struktur kesihatan dan pendidikan yang lebih baik diberikan kepada rakyatnya.

Selain itu dengan jumlah rakyatnya yang sedikit contohnya Finland sekitar 5.3 juta dan Sweden 9.3 juta memudahkan pengagihan kekayaan dan pendapatan diberikan secara adil dan mendorong suasana politik yang lebih stabil dan harmoni.
Jika dibandingkan dengan Pakistan yang menduduki tempat ke-89, Venezuela (71) dan Bangladesh (88) pastinya realiti kehidupan jika mahu dibandingkan umpama langit dan bumi.
Percakaran politik, jurang antara kaya dan miskin yang jauh berbeza serta sistem kesihatan dan pendidikan yang caca merba telah mengakibatkan ramai penduduknya berhijrah ke negara lain seperti Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Realitinya banyak negara-negara di Asia, Amerika Latin dan Afrika masih jauh dari dari apa yang dikatakan “terbaik” oleh majalah Newsweek.
Bukan sahaja dibebani masalah sistem pendidikan dan kesihatan yang sememangnya teruk, hendak mendapatkan sesuap nasi dalam sehari pun masih lagi menjadi beban utama bagi negara-negara di Afrika.

Begitu juga kerana kemiskinan mengakibatkan kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, penculikan, pelacuran, rasuah dan pelbagai lagi seolah-olah sudah menjadi sebahagian dari kehidupan di negara-negara Amerika Latin.
Jika dilihat pada negara-negara yang menduduki tempat teratas senarai tersebut, mereka berkongsi resepi yang mudah iaitu elakkan dari berperang, kekal bertahan dan produktif walaupun dalam keadaan yang tertekan selain mempunyai suasana sejuk dan gelap lebih lama sepanjang tahun.

Yang jelas Malaysia cukup bertuah tersenarai di tangga ke-37 dengan resepi yang sama cuma bezanya cuacanya panas sepanjang tahun selain mempunyai penduduk yang terdiri dari berbilang kaum, satu-satunya keunikan yang tidak terdapat pada 36 negara di atas kita.
Lebih indah lagi dari senarai 36 negara itu Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang sekaligus membuktikan negara bertuah ini terbaik untuk didiami semua kaum dan agama.

Sampai bila kita mesti dihina?

SIRI demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan beberapa tempat lain di Indonesia, benar-benar meloyakan Awang.

Jalur Gemilang dipijak, diludah dan dibakar. Bukan itu sahaja najis turut dilemparkan. Ugutan demi ugutan terus dibuat oleh beberapa penganjur tunjuk perasaan itu terutama Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera). Antaranya mahu menjadikan rakyat kita dan kepentingan Malaysia sebagai sasaran.

Sebenarnya banyak usaha telah dilakukan bagi membendung kejadian seumpama itu termasuk kerjasama dan persefahaman melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan media Malaysia-Indonesia.
Namun demonstrasi liar tidak pernah susut apatah lagi berhenti. Tercetus sahaja isu dari semasa ke semasa maka sepantas kilat kedutaan kita diserbu. Adakalanya Awang tertanya-tanya apakah Malaysia sudah ditakdirkan menjadi kambing hitam kepada Indonesia.
NGO seperti Bendera yang didalangi oleh pihak tertentu, sentiasa berjaya dalam muslihat mereka sehingga mencetuskan ketegangan hubungan kedua-dua negara.

Memang ada negara lain suka jika Malaysia-Indonesia berbalah dan terdapat pemimpin pembangkang kita yang mengharapkan berlaku perseteruan agar dapat menangguk di air keruh. Apatah lagi darjah respons di Indonesia cukup tinggi, tidak seperti di Malaysia.
Ketika isu itu panas di sana, suasana di negara ini tenang. Rakyat kita tidak keluar berdemonstrasi kerana melihat hubungan dengan Indonesia begitu istimewa berbanding negara lain. Ia bukan bererti kita takut bersuara. Rakyat Malaysia sanggup turun di jalanan melakukan demonstrasi membantah kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) biarpun tahu kesannya terhadap tekanan politik antarabangsa dan ekonomi.

Tetapi ia berbeza dengan Indonesia - negara serumpun dan bersaudara. Ternyata kita banyak beralah dengan Indonesia. Malaysia seperti biasa, sentiasa percaya semua isu akan dapat ditangani dengan baik tanpa perlu ribut-ribut kerana itu budaya kesantunan nusantara. Awang bangga kerana rakyat Malaysia masih bersikap rasional dan tidak terikut-ikut sentimen liar penunjuk perasaan di sana. Padahal terlalu kerap nelayan dan bot pihak berkuasa Indonesia menceroboh perairan kita. Ketika jerebu teruk melanda negara ini saban tahun akibat kebakaran hutan di Indonesia, rakyat kita juga tidak keluar berdemonstrasi walaupun ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan aktiviti ekonomi.
Persoalannya sampai bila kita harus terus mengalah dan dihina?

Awang percaya isu terbaru ini akan reda sedikit masa lagi tetapi ia akan pasti berulang. Sedar atau tidak, bendera Malaysia paling banyak dibakar di bumi Indonesia. Kerap dan mudah sangat kita dihina seolah-olah Malaysia bukan negara berdaulat. Senario ini tidak berlaku dengan negara jiran lain.
Maka sudah sampai masanya semua pihak di negara ini membuka mata.
Dalam kita dituntut untuk terus menjaga hubungan baik dan memakmurkan jiran, kita perlu berpada-pada. Selama ini, pendirian berlembut dan begitu pemurah kepada Indonesia dalam banyak hal, telah mengundang padah. Untuk memberkas dan menghantar pulang pendatang haram dari negara itu juga kita terpaksa tunduk kepada tekanan dari seberang. Maka apabila diambil tindakan kemudian, ada sahaja pihak di Indonesia bertindak balas.
Janganlah mengharapkan pihak lain akan mengenang budi. Yang akhirnya dilihat buruk adalah Malaysia. Dari awal lagi, kita yang lemah dan kelemahan itu membawa ancaman kepada keselamatan nasional.

Awang berharap dalam masa terdekat ini, rakyat kita mengambil serius saranan Kementerian Luar agar jangan ke Indonesia melainkan bagi urusan penting. Keghairahan untuk ke negara itu bagi tujuan riadah seperti golf dan berlibur serta membeli belah dan melancong sewajarnya dihentikan. Untuk apa terhegeh-hegeh ke negara yang banyak menyaksikan kita dihina.
Walaupun tindakan demonstrasi liar itu melibatkan segelintir rakyat Indonesia tetapi sentimennya disemarakkan oleh media dan NGO sehingga membentuk persepsi buruk terhadap Malaysia, yang gagal dibendung oleh kerajaannya. Mesej daripada rakyat Malaysia harus disampaikan.
Banyak lagi pilihan yang kita ada. Semuanya boleh dilakukan tanpa perlu menggugat hubungan kedua-dua negara. Tidak perlu menunggu kerajaan mengambil keputusan besar, rakyat juga ada hak dalam membuat pilihan. Misalnya, untuk apa menghantar anak belajar perubatan di sana jika keselamatan mereka asyik terancam?

Sesungguhnya rakyat amat terganggu dan marah kerana penghinaan berterusan ini berlaku lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia. Namun Awang sedikitpun tidak gundah kerana kita adalah lebih terhormat dan lebih bertamadun daripada golongan yang memijak dan membakar Jalur Gemilang. Ia akan mendorong kita untuk lebih berwaspada dan lebih gagah melangkah ke hadapan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Jangan lupa, Malaysia juga adalah negara berdaulat...

Kesucian masjid terus dinodai

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Tindakan itu terbongkar cuma selang sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching 'bertazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.
Lebih malang, menurut sebuah laman blog, http://www.selangordaily.com, pihak yang bersekongkol bagi membenarkan Jee Keen memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Dakwa blog itu, sama seperti kes membabitkan Nie Ching, Jee Keen juga menggunakan 'modal' yang sama iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

"Mereka mengetepi semua arahan MAIS demi cita-cita politik. Kejadian serupa pernah berlaku di Klang tahun lalu tetapi mereka ini tidak mengambil pengajaran sebaliknya, seolah mencabar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di Selangor," kata blog tersebut.

Dalam pada itu, majlis sumbangan yang disampaikan oleh Jee Keen disiarkan oleh sebuah akhbar, semalam.

Akhbar tersebut melaporkan majlis berkenaan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Undang Negeri (DUN), Taman Templer dengan diketuai pengerusinya, Mohd. Kassim Packiry.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.
-utusan malaysia-

Sabtu, 28 Ogos 2010

PM sedia geran khas biaya program 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan akan mewujudkan geran khusus untuk program 1Malaysia bagi membolehkan golongan muda negara menjalankan aktiviti yang menyokong semangat gagasan berkenaan. Perdana Menteri berkata, pelancarannya dilaksanakan pada masa terdekat selepas pihaknya mencari mekanisme sesuai untuk merealisasikan idea yang dikemukakan menerusi Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN).
“Cadangan mengenai geran program ini antara idea yang baik dan ia akan dilancarkan untuk menyokong program 1Malaysia,” katanya selepas pembentangan hasil kajian makmal Pemuda BN di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.

Sesi townhall Makmal Pemuda BN itu membabitkan empat kumpulan iaitu pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, pendidikan serta perpaduan dan demokrasi itu adalah kemuncak sejak kaji selidik bermula Mac lalu. Keseluruhannya kaji selidik itu membabitkan lebih 7,500 responden di kalangan generasi muda yang sebahagian besarnya bukan ahli parti politik, tetapi belia tanpa sebarang kepentingan, selain mahu menyuarakan aspirasi, permasalahan dan cadangan dengan harapan menyumbang ke arah penambahbaikan khusus untuk belia. Berkaitan 1Malaysia, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, penerangan dari semasa ke semasa penting untuk memastikan kakitangan awam memahami dan jelas mengenai konsep gagasan berkenaan. “Bagaimanapun, tiada kompromi bagi yang cuba mencetuskan isu perkauman,” katanya. Najib juga menyambut baik saranan mewujudkan gaji minimum mengikut sektor bagi memastikan tenaga kerja negara tidak hidup di bawah paras kemiskinan.
Ditanya mengenai keahlian dalam BN, Najib berkata perkara itu dibincangkan dengan lebih terperinci pada konvensyen BN yang akan diadakan akhir tahun ini. Selain itu, pertanyaan mengenai subjek di sekolah yang bagaikan ‘memaksa’ pelajar, turut mendapat maklum balas Perdana Menteri yang akan menyampaikan perkara itu kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. “Jika boleh, kita perkenalkan subjek yang fleksibel dalam kurikulum supaya pelajar dapat membuat pilihan,” katanya.

SULTAN SELANGOR MURKA...

MAIS diarah ambil tindakan pengurusan Surau Al-Huda SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berduka cita berikutan kejadian di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu yang menyaksikan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan di situ.

Berikutan itu, baginda mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media kepada Berita Harian, semalam berkata berikutan itu pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo berikutan tindakannya memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, untuk memberi tazkirah. Katanya, MAIS sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu terbabit. “Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan. “MAIS memandang serius berhubung isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor. “Berikutan itu, MAIS membuat keputusan untuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbiran surau itu dengan serta-merta kerana insiden ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku,” katanya.
Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam. Mohamad Adzib berkata, MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata adalah menjadi tanggungjawab MAIS untuk menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan perbuatan Ahli Parlimen Serdang itu. “Kita serah kepada Majlis Agama Islam untuk ambil tindakan. Apa-apa tindakan, dia (MAIS) berkuasa penuh dalam tindakan ini. Kalau dia anggap bertentangan Islam dan sebagainya, kita minta ambil tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Hikmah al-Quran diturun secara berperingkat

Oleh Mohd Kamel Mat Salleh
Kehebatan kitab suci sebagai mukjizat kerana ketinggian bahasa yang tak mampu ditandingi SATU bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW adalah kitab al-Quran iaitu kalam (perkataan Allah) yang diturunkan-Nya kepada Baginda. Nabi terdahulu sebelum Baginda turut menerima wahyu yang terhimpun dalam bentuk kitab iaitu Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan lafaz dan makna, membacanya suatu ibadah, mukjizatnya hingga tidak ada manusia yang mampu mendatangkan satu ayat seumpamanya, dimulai surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.

Sebelum peristiwa penurunan al-Quran, Nabi Muhammad SAW dicetuskan hatinya oleh Allah untuk berkhalwat di Gua Hira bagi mengelakkan dirinya terkena tempias budaya jahiliah ketika itu yang penuh kemaksiatan, kezaliman dan keruntuhan akhlak yang sangat dahsyat. Gua Hira menjadi saksi penurunan wahyu pertama tanda kerasulan Baginda SAW. Setiap tahun Baginda menetapkan beberapa hari untuk beribadah di sana, khususnya pada Ramadan. Malam 17 Ramadan bermulalah sejarah awal turunnya ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan serentak dengan itu rasmilah pelantikan Baginda sebagai pesuruh Allah selepas seluruh umat manusia ternanti-nanti perutusan nabi terakhir selepas Nabi Isa. Pada malam itu, sedang Nabi SAW beribadat di dalam Gua Hira’ datanglah Malaikat Jibril membawa wahyu daripada Allah. Tarikh terbabit dinyatakan oleh ahli sejarah jatuh pada 6 Ogos 610 Masehi. Selepas turunnya wahyu pertama, proses penurunan wahyu terhenti seketika menyebabkan Nabi SAW mengalami kegusaran. Al-Baihaqi menyebut tempohnya ialah selama enam bulan dan selepas tempoh itu, turunlah ayat dalam surah al-Muazmmil. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh 23 tahun serentak dengan jumlah tahun perutusan Baginda sebagai rasul. Ayat al-Quran terbahagi dua iaitu ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah. Satu mashaf al-Quran mempunyai 30 juzuk, 114 surah, 6,326 ayat dan 77,437 perkataan. Ia diturunkan secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku dan soalan diajukan kepada Baginda SAW. Hikmat ayat al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah supaya ayat al-Quran mudah difahami dan dihafal sahabat, ayat turun adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku dan ada juga ayat yang turun adalah jawapan kepada persoalan dikemukakan kepada Nabi SAW. Sesungguhnya al-Quran yang diturunkan pada malam 17 Ramadan adalah fasa proses penurunan al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Tarikh inilah yang menjadi petunjuk kepada sambutan nuzul al-Quran. Fasa pertama ialah Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus berdasarkan maksud firman Allah: “Bahkan apa yang didustakan oleh mereka itu ialah al-Quran yang mulia yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz.” (Surah al-Buruj, ayat 21-22) Fasa kedua ialah penurunan pada Lailatulqadar dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia yang juga diturunkan sekali gus. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatulqadar.” – (Surah al-Qadr, ayat 1) Benarlah pernyataan Allah bahawa hanyalah Allah yang menurunkannya dan hanya Dia yang memeliharanya. Memang patutlah ia dianggap sebagai mukjizat agung Baginda SAW. Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat kerana ketinggian gaya bahasa hingga tidak mampu ditandingi mana-mana pakar bahasa sejak zaman awal Islam sehingga ke hari ini. Pernah Baginda mencabar kaumnya yang menafikan kehebatan al-Quran supaya mendatangkan ayat seumpamanya tetapi gagal. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu kepada yang lain.” – (Surah al-Isra’, ayat 88) Orang yang mendengar Kalam Allah ini pasti terpesona dengan isi kandungan ayatnya kerana sentuhannya boleh meruntun jiwa terutama kepada mereka yang benar-benar memahami pengertian ayat itu. Penentang Islam zaman awal di Makkah pernah mencuri-curi dengar apakah yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW bagi mendapatkan kepastian adakah benar kitab ini turun dari Allah Yang Maha Agung atau ia memang hasil tulisan Nabi Muhammad sendiri.
Al-Walid bin Mughirah dan Utbah bin Rabiah yang kuat menentang Nabi sendiri terpesona dengan ayat al-Quran sehingga dituduh oleh kaumnya sebagai golongan telah disihir oleh al-Quran. Umar al-Khattab sendiri memeluk agama Islam selepas meneliti ayat dalam surah Toha yang menjadi titik tolak lonjakan jiwanya meninggalkan cara hidup jahiliah kepada nur Islam penuh kemuliaan. Mukjizat al-Quran diperlihatkan juga melalui isi kandungannya yang menceritakan mengenai perkara ghaib sudah berlaku mahupun yang akan datang. Kisah penciptaan dan sejarah awal Nabi Adam dan Hawa di syurga dinyatakan secara jelas dalam al-Quran. Kesudahan hidup manusia di alam kubur dan alam akhirat juga dijelaskan oleh al-Quran bahawa hayat ini ada penghujungnya yang tidak dapat disangkal oleh fikiran waras manusia. Ayat al-Quran menuntut manusia membongkar pelbagai persoalan kehidupan termasuk perkara yang berkaitan dengan ilmu sains seperti kejadian alam, langit dan bumi serta di cakerawala. Ini perlu dikaji supaya semua fakta itu diyakini benar, membawa kepada pengukuhan iman dan akidah dalam diri.
Firman Allah yang bermaksud: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu benar.” – (Surah Fussilat, ayat 53) Jika dibongkar dengan lebih mendalam keseluruhan ayat al-Quran, pasti akan jelas betapa tinggi nilai mukjizat Kalam Ilahi ini. Justeru, berpegang kepada al-Quran, menghayati ayatnya, kesungguhan membacanya mestilah dilakukan sepanjang masa dan tidak bermusim hanya di bulan Ramadan. Namun memperingati detik turunnya wahyu pertama yang berlaku di bulan Ramadan ini mampu menjadi suntikan semangat kepada orang beriman untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Penulis ialah Penolong Pengarah Pusat Pemantapan Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jelebu, Negeri Sembilan

Isnin, 23 Ogos 2010

Belia mampu ubah landskap peradaban

Suara golongan belia mampu merintis hala tuju masyarakat global dan membawa perubahan yang besar kepada landskap peradaban dunia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, untuk menjadi pemimpin yang baik, golongan belia di seluruh dunia perlu berani bersuara dan bersedia melakukan pembaharuan.

"Berbanding generasi terdahulu, generasi muda mempunyai suara yang lebih berkuasa kerana golongan ini yang mendominasi sebahagian besar populasi dunia.
"Saya menyeru pemimpin-pemimpin muda yang ada agar berganding bahu memupuk persefahaman dan kerjasama yang erat supaya peradaban dunia yang lebih baik dapat dibentuk," katanya.
Beliau berkata demikian melalui siaran rakaman video pada majlis perasmian Persidangan Model Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (GMUN) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu; Presiden Perhimpunan Agung GMUN 2010, Yue Qiushi dan Ketua Setiausaha GMUN 2010, Estaban Ramirez Gonzalez.
Pada persidangan itu, hampir 500 peserta berusia antara 18 hingga 24 tahun termasuk 62 wakil dari Malaysia diberikan peranan sebagai diplomat atau wakil tetap ke PBB bagi mengambil bahagian dalam simulasi sesi pleno Perhimpunan Agung PBB (UNGA).
Resolusi persidangan itu akan dibentangkan kepada Presiden UNGA, Joseph Deiss bulan depan.
Sementara itu, Ketua Setiausaha GMUN 2010, Estaban Ramirez Gonzalez dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau dalam GMUN 2010 adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi seorang pemimpin.

"Persidangan ini memberi peluang kepada generasi muda menyalurkan pendapat, berkongsi idea dan mencari penyelesaian kepada isu-isu global yang timbul pada hari ini.
"Ia merupakan satu platform yang terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan kami," katanya

Tindakan tegas terhadap pihak yang bangkit sensitiviti kaum, agama: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pihak yang cuba mengancam keharmonian dengan cara membangkitkan sensitiviti kaum dan agama, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, walaupun laporan mengatakan isu itu tidak begitu ketara di peringkat bawahan tetapi ia perlu dibendung supaya keselesaan rakyat terjamin.

"Laporan yang saya terima tidak melihat satu keadaan yang tegang dan membimbangkan tetapi dalam hal ini, dari dulu lagi saya telah tunjukkan bahawa kita ambil tindakan yang tegas.

"Saya memang tak suka dan tak akan benarkan perkara sebegini mengeruhkan keadaan," katanya ketika diminta mengulas kejadian sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban, yang disimbah cat merah awal pagi tadi. Terdahulu, Hishammuddin menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini malam ini. Sehubungan itu, beliau berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan semua ketua polis negeri telah diarah supaya bertindak sekiranya berlaku keadaan yang menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakyat oleh individu atau kumpulan tertentu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat usaha, sama ada dirancang atau secara kebetulan, yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan keharmonian kaum di negara ini. "Cuma dalam siasatan, kita kena pastikan tidak ada pihak yang dianiaya," katanya. Hishammuddin turut ditanya sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam khutbah Jumaat di beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini. Katanya, perkara itu susah untuk dikatakan tetapi dalam soal yang menyentuh agama, semua pihak perlu bertindak secara rasional dan bijaksana kerana apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang unik, kerana suasana seumpama itu pernah dilalui sebelum ini. "Maka dalam hal ini, saya percaya pihak berkuasa mampu memastikan bahawa keselamatan akan terjamin, orang ramai akan berada dalam keadaan selesa dan pihak tidak bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. Mengenai isu doa dalam khutbah Jumaat, Hishammuddin berkata apa yang lebih penting ketika ini adalah memastikan siapa yang bercakap benar.
Katanya, sudah menjadi tugas polis untuk menyiasat sekiranya laporan telah dibuat kerana hanya dengan siasatan yang terperinci, berani dan telus serta tidak condong kepada mana-mana pihak, barulah sesuatu kebenaran itu dapat diketahui. "Jadi, biarlah ia berjalan dalam proses biasa...kita nak siasat kerana nak tahu apa yang sebenarnya berlaku, kerana dalam kes ini, ada yang menyokong, ada yang kata fitnah, disalah erti, dan ada yang kata ia disalah lapor," katanya. - BERNAMA

Rabu, 11 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN....

Ingatan tulus ikhlas daripada :

PIHAK PENGURUSAN SERTA SELURUH WARGA
PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN (PEKIDAM)

Selasa, 8 Jun 2010

NGO sepakat sokong usul kecam keganasan Yahudi

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam, semalam sepakat menyatakan sokongan penuh terhadap usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengutuk serangan kejam tentera Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mereka berpendapat ini adalah masa yang sesuai untuk Malaysia menyatakan pendirian tegas dalam perkara itu ketika masyarakat dunia mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis membunuh sembilan sukarelawan tanpa alasan munasabah di atas kapal Mavi Marmara yang tidak bersenjata.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris, berharap usul itu akan menjadi asas yang mewakili pendirian seluruh rakyat Malaysia bahawa tindakan Israel tidak langsung mempedulikan tentangan masyarakat antarabangsa itu harus dibawa ke muka pengadilan.

Kita harap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat mewakili kuasa besar bertindak lebih tegas menyekat kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dengan menghentikan sebarang penja-jahan dan sekatan supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza, katanya kepada Berita Harian. Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, berkata usul Malaysia supaya negara sependapat mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujuk kejadian itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan usul kepada Perhimpunan Agung PBB bagi mendapatkan Pendapat Penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) harus dibe-ri perhatian badan dunia itu supaya mangsa terbabit mendapat keadilan sewajarnya.
Kita harap usul yang diluluskan ini bukan hanya di peringkat Malaysia tetapi juga dilaksanakan di peringkat antarabangsa, katanya. Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir juga berharap semua usul yang dikemukakan mendapat perhatian bukan hanya PBB tetapi juga negara kuasa besar. Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Dr Ong See Yew berharap PBB akan meluluskan resolusi supaya satu jawatankuasa bebas ditubuhkan menyiasat kejadian serangan itu.
sumber : berita harian

Isnin, 31 Mei 2010

SEKITAR MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANGTHAUN PERTAMA PEKIDAM










TARIKH : 27 MEI 2010

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : MASJID AL-FALAH KAMPUNG IDAMAN
KEHADIRAN : 200 JEMPUTAN

Ahad, 9 Mei 2010

Kisah bahasa Melayu di Jepun

SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.
Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

Seperti dicatat oleh Moriyama: "Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda."

Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: "Marilah kita pergi ke Selatan". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.
Moriyama menambah: "Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo."

Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.
Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.
Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.

Diperturunkan Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.
Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."
Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.
Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.
Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.
- utusan online -

Sultan payung negeri

Tan Sri Dato' Seri Harussani ( Mufti Perak )
Pada hari Isnin tanggal 19 April 2010 yang lalu genaplah ulangtahun keputeraan Sultan Perak yang ke-82. Alhamdulillah, baginda masih diberi Allah SWT kesihatan dan kekuatan untuk terus memerintah negeri agar aman dan sejahtera.

Selama hampir 25 tahun lebih saya menjadi Mufti Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan baginda, saya cukup bangga bila sejarah akan mencatatkan bahawa saya menjadi gandingan Umara-Ulama dengan Sultan. Saya sedar banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk memartabatkan Islam di negeri Perak, namun setiap titip kata saya di hadapan Baginda bila bercakap tentang hukum, Baginda tetap setia mendengar.

Melihat kelangsungan institusi raja dengan Islam, menyelak buku-buku sejarah telah mencatatkan bahawa institusi kesultanan merupakan tunggak pada keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Ia diakui ramai manusia hingga disebut-sebut dalam sejarah Melayu bahawa raja adalah payung bangsanya.

Raja disebut sebagai tunggak penyebar ajaran Islam pada bangsa, pahlawan pada negara, penggerak pada ilmu yang berjasa, penegak keadilan siasah pada setiap jiwa malah dialah pembela setiap bangsa yang menjadi rakyat jelata.

Masih segar tercatat dalam sejarah apabila raja-raja di Melaka, Acheh, Brunei, Kedah, Kelantan, Pattani mahupun Perak telah menerima Islam dengan hati yang terbuka, menyebabkan empayar kesultanan Melayu menjadi lebih maju, makmur dan aman sejahtera. Sedangkan ketika segala raja bulat hati menerima Islam, mereka juga sebenarnya telah mengorbankan kedudukan istimewa mereka di kayangan hingga segala titah umpama wahyu turun menjadi hamba kepada Yang Maha Kuasa di mana yang adil itu 'disembah', yang zalim itu pula 'disanggah'.

Bak 'lembing awang pulang ke dayang', bak 'sirih pulang ke gagang' manhaj Islam yang begitu molek lagi cocok dengan jati diri Melayu telah memacu budaya dan kehidupan rakyat. Ini berlaku apabila raja yang selaku pemimpin negara telah membuat satu keputusan tepat menerima Islam sebagai agama diri, bangsa dan negara.
Masih segar juga dalam sejarah, apabila al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin yang memerintah bersama regu ulamanya Sayyid Hussain al-Faradz mengisytiharkan Undang-Undang 99 sebagai undang-undang keadilan bagi jajahan Perak. Yang zalim dihukum, yang mangsa dimulia, yang lemah jauh dari dihina, yang kaya diwajib menderma. Maka hiduplah rakyat jelata dalam aman sejahtera, makmur dan bahagia.

Maka benar juga firman Yang Maha Kuasa dalam surah al-Maidah : 50,
maksudnya: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."
Sehinggalah adat Melayu berpaksi pada hukum seperti kata pantun Melayu :
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab Allah.

Begitulah antara mutiara-mutiara sejarah yang tidak akan lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Ia adalah bukti kukuh yang akan dikenang sepanjang masa dan zaman, tentang peranan institusi kesultanan dalam penyebaran agama Islam. Namun sejarah bukan saja untuk dikenang, malah setiap yang gemilang perlu diulang agar lebih cemerlang. Itulah cabaran institusi kesultanan hari ini dalam dakwah Islam di negara ini. Ketika keluhuran Islam dicabar oleh pelbagai pihak, institusi kesultanan yang berperanan sebagai ketua agama perlu dimantapkan sebagai benteng agama Islam. Bangunan istana yang dulunya sebagai medan muktamar muzakarah para ilmuwan, hari ini perlu juga dimainkan.
Pesanan

Akhirnya, besar hati juga saya yang faqir kepada Allah ini menitipkan satu pesanan dari ulama dengan katanya : "Bahawasanya binasa negeri itu dengan sebab binasa segala rakyat, dan binasa segala rakyat dengan sebab binasa segala raja-raja, dan binasa raja-raja dengan sebab binasa segala ulama." Katanya lagi: "Bermula adil sultan itu sebab bijaksana menterinya".
Maka tetap kukuhlah di sini, bahawa bagi rakyat jelata, dari yang di kebun sampai ke tengah bandar, dari yang berjalan di daratan sampai ke udara bersama dengan menteri-menteri dan ulama-ulama bersatu hati, dengan raja yang dihormati, kerana inilah tonggak kekuatan negeri, jiwa peribadi, untuk turunnya anugerah Illahi Yang Maha Tinggi, Rabbul Alamin.
Akhirnya, moga-moga tulisan ini menjadi buah fikir dan tilik, bersama ilmu dan pengetahuan yang terang yang sukakan iman dan makrifat, jangan dengan tilik jahil lagi kelam yang memusakakan sesat. Sesungguhnya Allah SWT akan mewariskan dunia ini kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika iman dan amal soleh sudah tiada maka hilanglah kekuasaan dan kekuatan ummah. Kekuasaan bukan semata hilang dengan hilangnya kekuasaan ekonomi, undi, pengaruh namun hilangnya iman dan amal soleh akan menjadikan umat ini hina-dina.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur : 55 maksudnya: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka." (Surah al-Nur :55 )