Isnin, 31 Mei 2010

SEKITAR MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANGTHAUN PERTAMA PEKIDAM

TARIKH : 27 MEI 2010

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : MASJID AL-FALAH KAMPUNG IDAMAN
KEHADIRAN : 200 JEMPUTAN

Ahad, 9 Mei 2010

Kisah bahasa Melayu di Jepun

SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.
Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

Seperti dicatat oleh Moriyama: "Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda."

Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: "Marilah kita pergi ke Selatan". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.
Moriyama menambah: "Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo."

Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.
Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.
Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.

Diperturunkan Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.
Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."
Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.
Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.
Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.
- utusan online -

Sultan payung negeri

Tan Sri Dato' Seri Harussani ( Mufti Perak )
Pada hari Isnin tanggal 19 April 2010 yang lalu genaplah ulangtahun keputeraan Sultan Perak yang ke-82. Alhamdulillah, baginda masih diberi Allah SWT kesihatan dan kekuatan untuk terus memerintah negeri agar aman dan sejahtera.

Selama hampir 25 tahun lebih saya menjadi Mufti Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan baginda, saya cukup bangga bila sejarah akan mencatatkan bahawa saya menjadi gandingan Umara-Ulama dengan Sultan. Saya sedar banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk memartabatkan Islam di negeri Perak, namun setiap titip kata saya di hadapan Baginda bila bercakap tentang hukum, Baginda tetap setia mendengar.

Melihat kelangsungan institusi raja dengan Islam, menyelak buku-buku sejarah telah mencatatkan bahawa institusi kesultanan merupakan tunggak pada keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Ia diakui ramai manusia hingga disebut-sebut dalam sejarah Melayu bahawa raja adalah payung bangsanya.

Raja disebut sebagai tunggak penyebar ajaran Islam pada bangsa, pahlawan pada negara, penggerak pada ilmu yang berjasa, penegak keadilan siasah pada setiap jiwa malah dialah pembela setiap bangsa yang menjadi rakyat jelata.

Masih segar tercatat dalam sejarah apabila raja-raja di Melaka, Acheh, Brunei, Kedah, Kelantan, Pattani mahupun Perak telah menerima Islam dengan hati yang terbuka, menyebabkan empayar kesultanan Melayu menjadi lebih maju, makmur dan aman sejahtera. Sedangkan ketika segala raja bulat hati menerima Islam, mereka juga sebenarnya telah mengorbankan kedudukan istimewa mereka di kayangan hingga segala titah umpama wahyu turun menjadi hamba kepada Yang Maha Kuasa di mana yang adil itu 'disembah', yang zalim itu pula 'disanggah'.

Bak 'lembing awang pulang ke dayang', bak 'sirih pulang ke gagang' manhaj Islam yang begitu molek lagi cocok dengan jati diri Melayu telah memacu budaya dan kehidupan rakyat. Ini berlaku apabila raja yang selaku pemimpin negara telah membuat satu keputusan tepat menerima Islam sebagai agama diri, bangsa dan negara.
Masih segar juga dalam sejarah, apabila al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin yang memerintah bersama regu ulamanya Sayyid Hussain al-Faradz mengisytiharkan Undang-Undang 99 sebagai undang-undang keadilan bagi jajahan Perak. Yang zalim dihukum, yang mangsa dimulia, yang lemah jauh dari dihina, yang kaya diwajib menderma. Maka hiduplah rakyat jelata dalam aman sejahtera, makmur dan bahagia.

Maka benar juga firman Yang Maha Kuasa dalam surah al-Maidah : 50,
maksudnya: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."
Sehinggalah adat Melayu berpaksi pada hukum seperti kata pantun Melayu :
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab Allah.

Begitulah antara mutiara-mutiara sejarah yang tidak akan lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Ia adalah bukti kukuh yang akan dikenang sepanjang masa dan zaman, tentang peranan institusi kesultanan dalam penyebaran agama Islam. Namun sejarah bukan saja untuk dikenang, malah setiap yang gemilang perlu diulang agar lebih cemerlang. Itulah cabaran institusi kesultanan hari ini dalam dakwah Islam di negara ini. Ketika keluhuran Islam dicabar oleh pelbagai pihak, institusi kesultanan yang berperanan sebagai ketua agama perlu dimantapkan sebagai benteng agama Islam. Bangunan istana yang dulunya sebagai medan muktamar muzakarah para ilmuwan, hari ini perlu juga dimainkan.
Pesanan

Akhirnya, besar hati juga saya yang faqir kepada Allah ini menitipkan satu pesanan dari ulama dengan katanya : "Bahawasanya binasa negeri itu dengan sebab binasa segala rakyat, dan binasa segala rakyat dengan sebab binasa segala raja-raja, dan binasa raja-raja dengan sebab binasa segala ulama." Katanya lagi: "Bermula adil sultan itu sebab bijaksana menterinya".
Maka tetap kukuhlah di sini, bahawa bagi rakyat jelata, dari yang di kebun sampai ke tengah bandar, dari yang berjalan di daratan sampai ke udara bersama dengan menteri-menteri dan ulama-ulama bersatu hati, dengan raja yang dihormati, kerana inilah tonggak kekuatan negeri, jiwa peribadi, untuk turunnya anugerah Illahi Yang Maha Tinggi, Rabbul Alamin.
Akhirnya, moga-moga tulisan ini menjadi buah fikir dan tilik, bersama ilmu dan pengetahuan yang terang yang sukakan iman dan makrifat, jangan dengan tilik jahil lagi kelam yang memusakakan sesat. Sesungguhnya Allah SWT akan mewariskan dunia ini kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika iman dan amal soleh sudah tiada maka hilanglah kekuasaan dan kekuatan ummah. Kekuasaan bukan semata hilang dengan hilangnya kekuasaan ekonomi, undi, pengaruh namun hilangnya iman dan amal soleh akan menjadikan umat ini hina-dina.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur : 55 maksudnya: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka." (Surah al-Nur :55 )

Melayu perlu kenal asal usul: Rais

Elak pertikaian institusi diraja, istana

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu menyedari asal usul mereka dan sentiasa merujuk kepada Perlembagaan negara bagi mengelak tercetusnya pertikaian terhadap institusi diraja dan istana.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, orang Melayu sudah lupa asal usul mereka.

“Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada agensi yang terbabit dalam Pameran Keranda: Tradisi dan Misteri di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail. Beliau mengulas perkembangan semasa, termasuk tindakan segelintir rakyat yang semakin berani mempertikaikan titah Sultan dan Raja serta konflik dalam sistem beraja itu sendiri, seperti yang berlaku di Kelantan. Rais turut menegaskan, pihak istana bukanlah tidak boleh ditegur tetapi biarlah teguran itu dibuat secara berhemah. Malah, katanya, penguatkuasa undang-undang juga perlu mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba mencabul dan mencaci institusi Raja-Raja. “Selama ini bukan tiada tindakan diambil jika institusi Raja, tetapi jarang tindakan segera diambil. Selalunya kes istana ini memerlukan dua penyelesaian iaitu di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Contohnya, seperti di Kelantan, kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan kerana ia ada undang-undang negeri. “Yang timbul sekarang adalah bagaimana kita dapat menjamin supaya Perkara 181, 153, 152 dan lain-lain (dalam Perlembagaan) yang berkaitan dengan kuasa Diraja termasuk Perkara 38 dan 43 di mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem beraja di negara ini,” katanya. “"Harus ditetapkan penguatkuasaan undang-undang itu kalau dicabul saja institusi itu menerusi hasutan maka tindakan harus lekas diambil, ini pun satu hal yang seharusnya ditegur dan dijalankan tindakannya,” katanya.

Rais berkata, imej istana juga mesti kental dan boleh dicontohi bagi mengelak rakyat kecewa dengan cara pentadbiran dalam institusi itu. Selain itu, Rais berkata, kerajaan akan memberi ganjaran sewajarnya termasuk pemotongan cukai kepada individu atau tokoh yang menyerahkan artifak atau dokumen penting dan bersejarah milik mereka kepada muzium bagi membolehkannya dikongsi bersama rakyat negara ini. “Nilai sebenar artifak atau dokumen yang diserahkan itu akan ditentukan oleh badan bebas dan ganjaran diberi menurut nilai yang ditetapkan. Muzium adalah milik orang awam dan sewajarnya artifak dan dokumen penting dipamerkan di sini untuk dikongsi bersama. Saya mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai dokumen bersejarah untuk menyerahkannya kepada pihak muzium,” katanya.

Beliau mengulas tindakan dua anak bekas Menteri Kewangan pertama, Tun H S Lee, yang menyerahkan dokumen penting milik pengasas MCA itu kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura. Rais berkata, kerajaan tidak menentang tindakan itu walaupun mengaku agak kecewa kerana kehilangan dokumen penting yang mempunyai nilai sejarah tinggi.

“Memang sedih mengenangkan dokumen yang begitu berharga terlepas daripada tangan kita tetapi mungkin disebabkan tiada institusi dalam negara yang mendekati mereka untuk mendapatkan bahan berharga berkenaan,” katanya. Terdahulu, Rais memuji kejayaan pameran keranda berkenaan yang setakat ini sudah menarik kunjungan 50,600 pelawat sejak dibuka 1 April lalu dan angka itu dijangka meningkat menjelang tarikh akhir pameran berkenaan pada 20 Jun ini iaitu hari terakhir cuti persekolahan. Rais berkata, kementeriannya juga akan menerbitkan sebuah buka mengenai keranda yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat negara ini.

Majikan perlu utamakan pekerja tempatan: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua majikan mementingkan pengambilan pekerja tempatan dan memberi keadilan serta upah yang wajar, bukannya mencari jalan mudah dengan membawa pekerja asing menguasai pasaran kerja di negara ini.

Perdana Menteri berkata, majikan sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu meningkatkan produktiviti pekerja tempatan.

“Adalah tidak wajar pekerja tempatan diabaikan. Jangan salahkan kerajaan jika kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing. Kita nak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan majikan mengambil pekerja,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) di Mines Resort City, Seri Kembangan di sini, semalam.Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Timbalannya, Datuk Maznah Mazlan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.Najib dalam amanatnya kepada 8,000 pekerja berkata, Malaysia antara negara yang terbaik dari segi rekod perhubungan perusahaan berbanding kebanyakan negara lain di dunia.
“Pencapaian itu kerana pekerja di negara ini tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan pekerja saja, tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan bagaimana dan apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu munasabah, wajar dan mampu disediakan pihak majikan mahupun kerajaan.“Ia juga berlandaskan prinsip muafakat yang mana wujud pemuafakatan antara pekerja, majikan dan kerajaan. Hubungan tiga penjuru ini menjadi titik pertemuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif,” katanya.
Najib berkata, dengan pendekatan pemuafakatan itu, negara akhirnya berjaya melepasi cengkaman krisis ekonomi global yang hebat sedangkan bukan semua negara berada pada landasan pemulihan kukuh seperti yang dilalui Malaysia.Malah katanya, semalam (kelmarin) bursa saham seluruh dunia terganggu kerana krisis pinjaman yang terlalu tinggi di Greece, iaitu sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) yang dikategorikan sebuah negara maju, tetapi mengalami krisis ekonomi dan tidak mampu ditangani mereka sehingga kini.
“Alhamdulillah, negara kita kini pulih daripada krisis berkenaan berkat rancangan dan dasar kerajaan yang tegas serta wujudnya permuafakatan antara pekerja dalam sektor awam dan swasta yang faham kedudukan kerajaan. Tahun lalu ada kita dengar mereka membuat pelbagai tuntutan, tetapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini, kerana bukan tahunnya (buat tuntutan), mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima,” katanya.Najib berkata, jika pemulihan ekonomi semakin rancak, beliau sebagai ketua kerajaan mengamalkan sikap bahawa pekerja patut mendapat upah, gaji dan imbuhan yang lebih tinggi.
- berita harian online -

Jumaat, 7 Mei 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2010

ingatan ikhlas daripada :

PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN

Rabu, 5 Mei 2010

Memastikan Melayu tetap manfaat Model Ekonomi Baru

MALAYSIA mengalami krisis perkauman paling buruk dalam sejarah pada 13 Mei, 1969. Antara punca ketegangan antara kaum ketika itu ialah faktor ekonomi dan bangsa Melayu sebagai peribumi ketinggalan terlalu jauh, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati hingga membawa kepada kemelut yang akhirnya memberi hikmah paling besar apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

Isu utama yang menghalang penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara pada 1970-an ialah kekurangan modal; kekurangan kemahiran dan pengalaman serta kekurangan jaringan. Antara instrumen utama digunakan untuk melaksanakan DEB yang meletakkan matlamat serampang dua mata – membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, ialah melalui pegangan ekuiti, persamarataan tahap pendapatan, peluang pekerjaan dan mewujudkan kelas perniagaan dan perindustrian.

Pencapaian DEB tidak sukar diukur dengan statistik. Kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3 peratus pada 1970, menjunam kepada hanya 3.6 peratus pada 2007. Kaum Bumiputera yang mencatat kadar kemiskinan paling tinggi pada 1970, berjaya dikurangkan kepada 5.1 peratus pada 2007. Namun, statistik itu masih tinggi berbanding dengan Cina pada 0.6 peratus dan India, 2.5 peratus. Amat menarik melihat penilaian Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai DEB perlu diberi perhatian serius, antaranya membabitkan amalan perniagaan ‘ali baba’, pengagihan kontrak dan tender tidak telus, pegangan ekuiti yang masih tidak seimbang. Justeru, bengkel Model Ekonomi Baru (MEB) anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini, yang melihat secara khusus kepada agenda Melayu di dalam MEB ini mendapati profil Bumiputera kini semakin kompleks, berbanding profil Bumiputera pada 1970-an. Pada ketika semakin ramai Bumiputera berjaya dan jumlah jutawan semakin meningkat, tetapi daripada kira-kira 58 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang RM3,000, 70 peratus daripadanya adalah Bumiputera. “Daripada 20 peratus rakyat berpendapatan tinggi, hanya 30 peratus Bumiputera, daripada 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1,500, 70 peratus adalah Bumiputera.

Peratusan ini bukan saja membabitkan Bumiputera di luar bandar, malah angka ini semakin serius di bandar besar kerana ia membentuk kumpulan ‘miskin bandar,” kata Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, yang menambah 80 peratus pekerja Bumiputera hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru, katanya, dengan mengambil purata kadar pertumbuhan sekitar 6.5 peratus dan sasaran untuk meningkatkan pendapatan purata AS$7,000 kepada AS$15,000, Bumiputera perlu meningkatkan kadar pendapatan, merapatkan jurang pendapatan dengan kumpulan etnik lain, serta meminimumkan kemiskinan relatif yang wujud hari ini. Antara mekanisme yang boleh digunakan ialah tumpuan kepada pelaburan, peningkatan kualiti pekerja, produktiviti dan kecekapan serta tahap kemahiran. Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa, Dr Zubir Harun, pula berkata sebagai pertubuhan mewakili bangsa Melayu, Perkasa akan mendesak kerajaan meletakkan agenda Melayu sebagai prasyarat utama Perkasa untuk menyokong MEB.

Antara permintaan Perkasa untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada dasar di dalam MEB ialah:

1. Menjadikan peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan dan DEB sebagai sumber induk kepada penggubalan MEB;

2. Keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum dengan 67 peratus Bumiputera dan 33 bukan Bumiputera;

3. Pendekatan ekonomi bangsa Melayu perlu diteruskan melalui satu pendekatan yang lebih adil dan menyokong pertumbuhan ekonomi;

4. Dasar ekonomi afirmatif dan ‘distributive’ untuk memastikan penyertaan orang Melayu di dalam pelbagai sektor ekonomi dipertahankan;

5. Dipertingkatkan kaedah penyampaian dengan penghapusan elemen yang melemahkan seperti amalan perlindungan, rasuah, ketirisan, penganugerahan kepada yang tidak layak;

6. Keterbukaan pasaran mesti direalisasikan secara saksama dengan menguraikan amalan ka

sumber : - berita harian -

BUDAYA MAKAN MALAM PUNCA OBESITI

Oleh MERAN ABU BAKAR

TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan.
Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.
Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.
Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.
Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.
Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.
Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.
Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.
Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.
Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.
Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.
Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.
Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.
Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.
Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.
Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.
Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).
Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.
Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.

"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.
"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.
Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.
Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.
Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

"Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat ".

" Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti. "

Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.
Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.
Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.

Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.
Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.
''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.
''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.

"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.
''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.
''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.
''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.
''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.
"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.
Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.
Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

Sumber : Utusan Malaysia

KES PEMBUANGAN BAYI....

Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi.

Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana ‘dimamah’ haiwan liar.Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti ‘tolong kebumikan mayat ini.’ Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam.
Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri ‘lesen’ berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t.
Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.“Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).“Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina.
“Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah.“Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,” katanya.Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf ayat 179)
rujukan NIJALANKU

Selasa, 4 Mei 2010

IKBN disyor wujud kursus permotoran

Berita Harian – Selasa, 4 Mei 2010

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mewujudkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menawarkan kursus dalam bidang sukan terutama berteknologi tinggi seperti permotoran.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak pengurusan IKBN sudah diarah menjalankan kajian mendalam mengenai perkara itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit termasuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Katanya, langkah itu diambil berikutan wujud permintaan pekerja mahir dalam bidang sukan khususnya permotoran dan usaha sedang diambil bagi memenuhi permintaan berkenaan.

“Industri sukan seperti golf dan permotoran memerlukan pekerja mahir khususnya dalam bidang teknikal serta pengurusan, jadi IKBN sewajarnya mengkaji untuk menawarkan kursus dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis konvokesyen IKBN Se-Malaysia kali keenam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Seramai 4,333 pelajar lepasan 16 IKBN, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) di seluruh negara menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Yasin Salleh.
Turut diadakan majlis penyampaian Anugerah Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN kepada Abu Bakar Sidek, 32, dan Rahmah Marlan, 40, serta 13 penerima Anugerah Pelajar Terbaik IKBN Se-Malaysia Tahun 2009.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata kementerian akan meneroka bidang latihan yang mempunyai permintaan tinggi seperti penyelenggaraan pesawat, teknologi pertanian, perhotelan dan spa, bagi memastikan pelajar lepasan IKBN memenuhi permintaan dalam bidang itu.

“Kementerian sedang melaksanakan pelbagai usaha memperkukuhkan kerjasama dengan pihak industri dalam usaha menambah baik kursus yang ditawarkan.

“Usaha ini diambil bagi memudahkan tugas memasarkan pelajar lepasan IKBN dan memastikan imbuhan diterima berpatutan dengan kemahiran dan kelayakan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lima daripada enam IKBN yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan beroperasi mulai tahun depan dengan tambahan jumlah pengambilan seramai 2,500 pelajar.

Tambah peruntukan persatuan belia

Utusan Malaysia – Isnin, 3 Mei 2010

MELAKA 2 Mei - Kementerian Belia dan Sukan diminta menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada persatuan belia bagi membolehkan pelbagai kegiatan digerakkan dengan lebih berkesan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia bagi membolehkan persatuan belia mengatur program memperkasakan golongan itu dengan lancar sepanjang tahun tanpa berhadapan masalah kekurangan peruntukkan.

Melalui langkah itu, katanya, persatuan belia akan lebih kreatif mengerakkan program mengikut keperluan belia dari semasa ke semasa.

''Dengan peruntukan yang cukup, persatuan belia akan lebih kreatif menganjurkan kegiatan yang memenuhi keperluan golongan itu, ia sekali gus menarik minat belia menyertai pertubuhan belia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menutup Perkhemahan Remaja 'Ikhtibar Kehidupan Rakan Muda' peringkat negeri di sini hari ini.

Selain itu, katanya, cadangan itu secara tidak langsung membantu persatuan belia mengerakkan kegiatan menambah keahlian persatuan belia khususnya di Melaka.

''Kita harap apabila kementerian menambah peruntukan untuk pertubuhan belia, ia akan membantu menarik lebih ramai belia menyertai pertubuhan di negeri ini," katanya.

Kata Mohd. Ali, pada masa ini, kementerian berkenaan menyediakan peruntukan RM3,000 setahun kepada setiap persatuan belia terutama tugas pentadbiran.

Pada masa sama, beliau mengingatkan setiap persatuan belia di negeri ini agar lebih kreatif dalam mengerakkan kegiatan masing-masing dengan mempraktikkan kemudahan sedia ada.

Ini kerana, katanya, selain kompleks sukan, kemudahan pembangunan pelancongan sedia ada boleh digunakan bagi tujuan melaksanakan kegiatan belia khususnya dalam bidang sosial dan pendidikan.

Sabtu, 1 Mei 2010