Sabtu, 30 April 2011

Program khas Mara lahirkan modal insan global

sumber : utusan online 30/04/2011


KUALA LUMPUR 29 April - Majlis Amanah Raya (Mara) mewujudkan tiga program khas dalam Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRSM) mulai tahun ini dalam usaha menyediakan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global.


Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, program itu meliputi pendidikan pintar cerdas dengan pendekatan melalui penemuan dan penyelidikan, selain integrasi ilmu sains dan tahfiz melalui program Ulul Albab.


Katanya, menerusi program berkenaan, para pelajar turut berpeluang mengambil peperiksaan peringkat antarabangsa, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di universiti luar negara lebih awal.


"Buat permulaan program itu dilaksanakan di MRSM Pekan, Pahang dan disertai 180 pelajar maktab berkenaan.


"Kita merancang untuk mewujudkan tiga lagi maktab tahun depan masing-masing di Parit, Perak, Johor Bahru dan Sandakan, Sabah yang boleh menampung 1,000 pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.


Perasmiannya disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek.


Pada majlis tersebut seramai 30 pelajar cemerlang yang memperoleh semua A+ bagi semua subjek dalam peperiksaan SPM termasuk empat penerima anugerah Al-Huffaz program Ulul Albab.


Turut dirai adalah maktab terbaik meliputi kategori Bukan MRSM Program Khas Pendidikan ; MRSM Program Khas Pendidikan dan sekolah bantuan penuh kerajaan.
Dalam pada itu Ibrahim berkata, pihaknya berjaya mengutip RM400 juta bayaran balik pinjaman daripada para pelajar tajaan mereka selain tidak berhasrat mengenakan tindakan keras seperti dilakukan sesetengah pihak.


Terdahulu Mohd. Shafie dalam ucapan perasmiannya berkata, kementeriannya akan terus menumpukan usaha memartabatkan ilmu demi pembangunan anak bangsa

Badrul Hisham bebas tuduhan hina DUN

sumber : utusan online

SHAH ALAM 29 April - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Selangor hari ini membuat keputusan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah daripada tuduhan menghina Dewan Undangan Negeri (DUN).


Bagaimanapun, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan itu mencadangkan denda sebanyak RM20,000 ke atas peguam ADUN berkenaan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ekoran surat yang dikemukakan oleh firma guamannya kepada Speaker DUN, Datuk Tan Chang Khim meminta bayaran kos mahkamah sebanyak RM40,000 pada 12 April lalu.
Menurut Manoharan, ADUN Pelabuhan Klang itu didapati tidak menghina DUN kerana tidak terbabit dalam mengeluarkan arahan supaya surat tuntutan kos mahkamah itu dihantar kepada Chang Khim.


‘‘Selepas mendengar penjelasan Badrul Hisham, kita dapati beliau tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya (Mohd. Hafarizam ) agar mengemukakan surat berkenaan.
‘‘Justeru, kita bebaskan beliau daripada dakwaan menghina DUN. Sebaliknya, Mohd. Hafarizam didapati bersalah kerana menghina DUN setelah mengemukakan surat tersebut termasuk tidak hadir pada sesi pendengaran JKHK hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran itu, di sini hari ini.


Prosiding berkenaan berlangsung selama satu jam setengah bermula pukul 10 pagi ini.
Surat berkenaan menyebut bahawa Badrul Hisham menerusi peguamnya itu meminta Chang Khim melalui Tetuan Tommy Thomas supaya menjelaskan bayaran kos seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu.
Ini berikutan keputusan mahkamah tersebut yang mengesahkan Badrul Hisham sebagai ADUN yang sah dan mengenepikan tindakan Speaker DUN mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang.


Surat itu turut meminta Chang Khim menerusi peguamnya melakukan pembayaran tersebut dalam tempoh tujuh hari atau diisytiharkan muflis sekiranya gagal berbuat demikian selepas tempoh yang ditetapkan.
Mengenai tindakan ke atas Mohd. Hafarizam, Manoharan berkata, pihaknya menyerahkan kepada DUN sama ada mahu menerima atau menolak cadangan denda berkenaan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, tuntutan kos mahkamah sebanyak RM40,000 itu telah pun dibayar oleh Chang Khim kepada firma peguam itu pada 22 April lalu dengan menggunakan wang kerajaan negeri.

Kursus Pengadil Persatuan Bolasepak Selangor


Dengan Sukacita di maklumkan bahawa Persatuan bolasepak Selangor akan menganjurkan Kursus Pengadil Bolasepak dari 09/05/2011 hingga 13/05/2011 dan kursus pengadil Futsal dari 16/05/2011 hingga 21/05/2011 di Wisma FAM dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari . Bayaran adalah RM80.00 (Bayaran masuk RM50.00 + Yuran peperiksaan RM30.00)

Sila hubungi Encik Selearajan atau Puan Rosnani di 03 - 78037054

Pendaftaran boleh di buat di Pejabat Persatuan Bolasepak Selangor pada waktu pejabat.

Jumaat, 22 April 2011

PROGRAM AMAL GOTONG ROYONG MEMBAIKI RUMAH MEREKA YANG KURAN BERKEMAMPUAN

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM TERSEBUT AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :-


TARIKH :

24 APRIL 2011 (AHAD)


MASA DAN TEMPAT :

9.00 AM : KAMPUNG BARU TELOK GONG, PELABUHAN KLANG

11.00 AM : KAMPUNG TELUK NIPAH, PULAU INDAH


KEPADA SEMUA WARGA YANG INGIN TURUT SERTA SILA BERKUMPUL DI PERKARANGAN PUSAT SUMBER SERI IDAMAN PADA 24 APRIL 2011 JAM 8.00 PAGI..

Rabu, 20 April 2011

SENARAI JAWATANKUASA KERJA PEKIDAM PENGGAL 2011-2013

PENGERUSI :

MOHD FAIZAL BIN MOHAMED SAID


TIMBALAN PENGERUSI :

AZZAN BIN AZIZ


NAIB PENGERUSI :

RAZIE BIN NASARRUDDIN

MUZAMMIL BIN SENIN


SETIAUSAHA :

ZURIATI BINTI AZHARI


BENDAHARI :

AZZIN BIN AZIZ


KETUA PENERANGAN :

MOHD KHAIRUL BIN HARUN


AHLI JAWATANKUASA :

MOHD FADZIL BIN MOHAMED SAID

MOHD HASWAD BIN CHE ISMAIL

AZLYM BIN AZIZ

ABDUL RAHMAN BIN ANI

ABU SYAKIR BIN ABU HASSAN

MOHD JEFFRY BIN JAMALUDDIN

MUHAMMAD NAZRIN BIN ZAFREE

ONN BIN DATO' M.ZIN

MASLINAWATI BINTI AHMAD

FADILAH NOR BIN MOKHTAR

MOHD FARID BIN RADZI

NORHARINI BINTI AMRAN

SARINAH BINTI ABD RASUL

MOHD FAZLY BIN ABD PATAL


JURU AUDIT :

NORZAIDI BIN MAT NOR

KHAIRUL ANNUAR BIN ARIFFIN



SETIAUSAHA KERJA :

AZIAN BIN JOHAR

Khamis, 7 April 2011

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PEKIDAM TAHUN 2011

Kepada,

SELURUH AHLI
PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN

Tuan/Puan,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh :

16 April 2011


Masa :

8.30 Malam


Tempat :

Perkarangan Pusat Sumber Seri Idaman, Jalan Idaman 14, Kg Idaman


Perasmian oleh :

Y.Bhg Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M.Zin AMN.,PJK

Penaung PEKIDAM

3. Sehubungan dengan itu, tua/puandijemput hadir bagi menunaikan tanggunjawab dalam Persidangan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


MOHD FAIZAL BIN MOHAMED SAID
Setiausaha,
Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman

salinan kepada,
: Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
: Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
: Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang
: Pemangku Pengerusi Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman