Jumaat, 7 Mei 2010
Rabu, 5 Mei 2010
Memastikan Melayu tetap manfaat Model Ekonomi Baru
MALAYSIA mengalami krisis perkauman paling buruk dalam sejarah pada 13 Mei, 1969. Antara punca ketegangan antara kaum ketika itu ialah faktor ekonomi dan bangsa Melayu sebagai peribumi ketinggalan terlalu jauh, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati hingga membawa kepada kemelut yang akhirnya memberi hikmah paling besar apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.
Isu utama yang menghalang penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara pada 1970-an ialah kekurangan modal; kekurangan kemahiran dan pengalaman serta kekurangan jaringan. Antara instrumen utama digunakan untuk melaksanakan DEB yang meletakkan matlamat serampang dua mata – membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, ialah melalui pegangan ekuiti, persamarataan tahap pendapatan, peluang pekerjaan dan mewujudkan kelas perniagaan dan perindustrian.
Pencapaian DEB tidak sukar diukur dengan statistik. Kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3 peratus pada 1970, menjunam kepada hanya 3.6 peratus pada 2007. Kaum Bumiputera yang mencatat kadar kemiskinan paling tinggi pada 1970, berjaya dikurangkan kepada 5.1 peratus pada 2007. Namun, statistik itu masih tinggi berbanding dengan Cina pada 0.6 peratus dan India, 2.5 peratus. Amat menarik melihat penilaian Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai DEB perlu diberi perhatian serius, antaranya membabitkan amalan perniagaan ‘ali baba’, pengagihan kontrak dan tender tidak telus, pegangan ekuiti yang masih tidak seimbang. Justeru, bengkel Model Ekonomi Baru (MEB) anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini, yang melihat secara khusus kepada agenda Melayu di dalam MEB ini mendapati profil Bumiputera kini semakin kompleks, berbanding profil Bumiputera pada 1970-an. Pada ketika semakin ramai Bumiputera berjaya dan jumlah jutawan semakin meningkat, tetapi daripada kira-kira 58 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang RM3,000, 70 peratus daripadanya adalah Bumiputera. “Daripada 20 peratus rakyat berpendapatan tinggi, hanya 30 peratus Bumiputera, daripada 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1,500, 70 peratus adalah Bumiputera.
Peratusan ini bukan saja membabitkan Bumiputera di luar bandar, malah angka ini semakin serius di bandar besar kerana ia membentuk kumpulan ‘miskin bandar,” kata Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, yang menambah 80 peratus pekerja Bumiputera hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru, katanya, dengan mengambil purata kadar pertumbuhan sekitar 6.5 peratus dan sasaran untuk meningkatkan pendapatan purata AS$7,000 kepada AS$15,000, Bumiputera perlu meningkatkan kadar pendapatan, merapatkan jurang pendapatan dengan kumpulan etnik lain, serta meminimumkan kemiskinan relatif yang wujud hari ini. Antara mekanisme yang boleh digunakan ialah tumpuan kepada pelaburan, peningkatan kualiti pekerja, produktiviti dan kecekapan serta tahap kemahiran. Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa, Dr Zubir Harun, pula berkata sebagai pertubuhan mewakili bangsa Melayu, Perkasa akan mendesak kerajaan meletakkan agenda Melayu sebagai prasyarat utama Perkasa untuk menyokong MEB.
Antara permintaan Perkasa untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada dasar di dalam MEB ialah:
1. Menjadikan peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan dan DEB sebagai sumber induk kepada penggubalan MEB;
2. Keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum dengan 67 peratus Bumiputera dan 33 bukan Bumiputera;
3. Pendekatan ekonomi bangsa Melayu perlu diteruskan melalui satu pendekatan yang lebih adil dan menyokong pertumbuhan ekonomi;
4. Dasar ekonomi afirmatif dan ‘distributive’ untuk memastikan penyertaan orang Melayu di dalam pelbagai sektor ekonomi dipertahankan;
5. Dipertingkatkan kaedah penyampaian dengan penghapusan elemen yang melemahkan seperti amalan perlindungan, rasuah, ketirisan, penganugerahan kepada yang tidak layak;
6. Keterbukaan pasaran mesti direalisasikan secara saksama dengan menguraikan amalan ka
sumber : - berita harian -

BUDAYA MAKAN MALAM PUNCA OBESITI
Oleh MERAN ABU BAKAR
TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan.
Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.
Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.
Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.
Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.
Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.
Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.
Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.
Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.
Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.
Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.
Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.
Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.
Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.
Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.
Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.
Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.
Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.
Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.
Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).
Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.
Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.
Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.
"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.
"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.
Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.
Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.
Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.
"Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat ".
" Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti. "
Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.
Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.
Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.
Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.
Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.
''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.
''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.
"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.
''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.
''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.
"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.
''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.
''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.
"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.
Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.
Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.
Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.
Sumber : Utusan Malaysia

KES PEMBUANGAN BAYI....
Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi.
Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana ‘dimamah’ haiwan liar.Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti ‘tolong kebumikan mayat ini.’ Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam.
Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri ‘lesen’ berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t.
Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.“Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).“Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina.
“Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah.“Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,” katanya.Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf ayat 179)
rujukan NIJALANKU
Selasa, 4 Mei 2010
IKBN disyor wujud kursus permotoran
Berita Harian – Selasa, 4 Mei 2010
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mewujudkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menawarkan kursus dalam bidang sukan terutama berteknologi tinggi seperti permotoran.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak pengurusan IKBN sudah diarah menjalankan kajian mendalam mengenai perkara itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit termasuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Katanya, langkah itu diambil berikutan wujud permintaan pekerja mahir dalam bidang sukan khususnya permotoran dan usaha sedang diambil bagi memenuhi permintaan berkenaan.
“Industri sukan seperti golf dan permotoran memerlukan pekerja mahir khususnya dalam bidang teknikal serta pengurusan, jadi IKBN sewajarnya mengkaji untuk menawarkan kursus dalam bidang sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis konvokesyen IKBN Se-Malaysia kali keenam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.
Seramai 4,333 pelajar lepasan 16 IKBN, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) di seluruh negara menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Yasin Salleh.
Turut diadakan majlis penyampaian Anugerah Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN kepada Abu Bakar Sidek, 32, dan Rahmah Marlan, 40, serta 13 penerima Anugerah Pelajar Terbaik IKBN Se-Malaysia Tahun 2009.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata kementerian akan meneroka bidang latihan yang mempunyai permintaan tinggi seperti penyelenggaraan pesawat, teknologi pertanian, perhotelan dan spa, bagi memastikan pelajar lepasan IKBN memenuhi permintaan dalam bidang itu.
“Kementerian sedang melaksanakan pelbagai usaha memperkukuhkan kerjasama dengan pihak industri dalam usaha menambah baik kursus yang ditawarkan.
“Usaha ini diambil bagi memudahkan tugas memasarkan pelajar lepasan IKBN dan memastikan imbuhan diterima berpatutan dengan kemahiran dan kelayakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, lima daripada enam IKBN yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan beroperasi mulai tahun depan dengan tambahan jumlah pengambilan seramai 2,500 pelajar.

Tambah peruntukan persatuan belia
Utusan Malaysia – Isnin, 3 Mei 2010
MELAKA 2 Mei - Kementerian Belia dan Sukan diminta menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada persatuan belia bagi membolehkan pelbagai kegiatan digerakkan dengan lebih berkesan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia bagi membolehkan persatuan belia mengatur program memperkasakan golongan itu dengan lancar sepanjang tahun tanpa berhadapan masalah kekurangan peruntukkan.
Melalui langkah itu, katanya, persatuan belia akan lebih kreatif mengerakkan program mengikut keperluan belia dari semasa ke semasa.
''Dengan peruntukan yang cukup, persatuan belia akan lebih kreatif menganjurkan kegiatan yang memenuhi keperluan golongan itu, ia sekali gus menarik minat belia menyertai pertubuhan belia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menutup Perkhemahan Remaja 'Ikhtibar Kehidupan Rakan Muda' peringkat negeri di sini hari ini.
Selain itu, katanya, cadangan itu secara tidak langsung membantu persatuan belia mengerakkan kegiatan menambah keahlian persatuan belia khususnya di Melaka.
''Kita harap apabila kementerian menambah peruntukan untuk pertubuhan belia, ia akan membantu menarik lebih ramai belia menyertai pertubuhan di negeri ini," katanya.
Kata Mohd. Ali, pada masa ini, kementerian berkenaan menyediakan peruntukan RM3,000 setahun kepada setiap persatuan belia terutama tugas pentadbiran.
Pada masa sama, beliau mengingatkan setiap persatuan belia di negeri ini agar lebih kreatif dalam mengerakkan kegiatan masing-masing dengan mempraktikkan kemudahan sedia ada.
Ini kerana, katanya, selain kompleks sukan, kemudahan pembangunan pelancongan sedia ada boleh digunakan bagi tujuan melaksanakan kegiatan belia khususnya dalam bidang sosial dan pendidikan.