Rabu, 5 Mei 2010

Memastikan Melayu tetap manfaat Model Ekonomi Baru

MALAYSIA mengalami krisis perkauman paling buruk dalam sejarah pada 13 Mei, 1969. Antara punca ketegangan antara kaum ketika itu ialah faktor ekonomi dan bangsa Melayu sebagai peribumi ketinggalan terlalu jauh, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati hingga membawa kepada kemelut yang akhirnya memberi hikmah paling besar apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

Isu utama yang menghalang penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara pada 1970-an ialah kekurangan modal; kekurangan kemahiran dan pengalaman serta kekurangan jaringan. Antara instrumen utama digunakan untuk melaksanakan DEB yang meletakkan matlamat serampang dua mata – membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, ialah melalui pegangan ekuiti, persamarataan tahap pendapatan, peluang pekerjaan dan mewujudkan kelas perniagaan dan perindustrian.

Pencapaian DEB tidak sukar diukur dengan statistik. Kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3 peratus pada 1970, menjunam kepada hanya 3.6 peratus pada 2007. Kaum Bumiputera yang mencatat kadar kemiskinan paling tinggi pada 1970, berjaya dikurangkan kepada 5.1 peratus pada 2007. Namun, statistik itu masih tinggi berbanding dengan Cina pada 0.6 peratus dan India, 2.5 peratus. Amat menarik melihat penilaian Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai DEB perlu diberi perhatian serius, antaranya membabitkan amalan perniagaan ‘ali baba’, pengagihan kontrak dan tender tidak telus, pegangan ekuiti yang masih tidak seimbang. Justeru, bengkel Model Ekonomi Baru (MEB) anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini, yang melihat secara khusus kepada agenda Melayu di dalam MEB ini mendapati profil Bumiputera kini semakin kompleks, berbanding profil Bumiputera pada 1970-an. Pada ketika semakin ramai Bumiputera berjaya dan jumlah jutawan semakin meningkat, tetapi daripada kira-kira 58 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang RM3,000, 70 peratus daripadanya adalah Bumiputera. “Daripada 20 peratus rakyat berpendapatan tinggi, hanya 30 peratus Bumiputera, daripada 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1,500, 70 peratus adalah Bumiputera.

Peratusan ini bukan saja membabitkan Bumiputera di luar bandar, malah angka ini semakin serius di bandar besar kerana ia membentuk kumpulan ‘miskin bandar,” kata Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, yang menambah 80 peratus pekerja Bumiputera hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru, katanya, dengan mengambil purata kadar pertumbuhan sekitar 6.5 peratus dan sasaran untuk meningkatkan pendapatan purata AS$7,000 kepada AS$15,000, Bumiputera perlu meningkatkan kadar pendapatan, merapatkan jurang pendapatan dengan kumpulan etnik lain, serta meminimumkan kemiskinan relatif yang wujud hari ini. Antara mekanisme yang boleh digunakan ialah tumpuan kepada pelaburan, peningkatan kualiti pekerja, produktiviti dan kecekapan serta tahap kemahiran. Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa, Dr Zubir Harun, pula berkata sebagai pertubuhan mewakili bangsa Melayu, Perkasa akan mendesak kerajaan meletakkan agenda Melayu sebagai prasyarat utama Perkasa untuk menyokong MEB.

Antara permintaan Perkasa untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada dasar di dalam MEB ialah:

1. Menjadikan peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan dan DEB sebagai sumber induk kepada penggubalan MEB;

2. Keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum dengan 67 peratus Bumiputera dan 33 bukan Bumiputera;

3. Pendekatan ekonomi bangsa Melayu perlu diteruskan melalui satu pendekatan yang lebih adil dan menyokong pertumbuhan ekonomi;

4. Dasar ekonomi afirmatif dan ‘distributive’ untuk memastikan penyertaan orang Melayu di dalam pelbagai sektor ekonomi dipertahankan;

5. Dipertingkatkan kaedah penyampaian dengan penghapusan elemen yang melemahkan seperti amalan perlindungan, rasuah, ketirisan, penganugerahan kepada yang tidak layak;

6. Keterbukaan pasaran mesti direalisasikan secara saksama dengan menguraikan amalan ka

sumber : - berita harian -

Tiada ulasan: